DaisypathAnniversary Years Ticker
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

->KiSaH 2 MaLaIKaT & sYgNya AlLaH S.W.T KpD HaMbAnYa~

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijagaoleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dariyang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelahkanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanyasehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan keranakami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruahtiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengankeseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

No comments: