DaisypathAnniversary Years Ticker
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

->~TiPs~


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapaInsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa,depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan allof our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner).Minum air selepas 15-30 minit selepas makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblmmaghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tghstudy (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study andmost probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, takbyk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina takedinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg manaboleh menghindar dari membuat sembahyang malam)Tatacara di bilik air, Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besarTatacara didik anak, Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblhkiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup(perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tandukanak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etcAda 3 kategori manusia :-BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalamTERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalamCELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'lllose nothing.

->JaNgAn LuPa MeNjaDi IsTeRi SeLePaS MeNjAdI IBu~

Something for all of us to ponder upon...

Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samadaisterinya melahirkan seorang anak atau 10orang anak, yang penting baginyadia masih memerlukan isteri.Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepasmempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambilnasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyakterdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untukmelayan makan-minumnya.Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan Kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....".
Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baiksedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, Isibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktuberkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti Ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utkberisteri satu lagi....Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita...sepanjang malam kita akandilaknati oleh malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya.. Kernaitu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian kernamenantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh,hentikan dulu kerja2yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluandirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lenadipelukan anda atau sebaliknya...Suami yang longgar pengetahuan agamanyadan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhansayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun.Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senangdilayan oleh wanita lain.Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasarnya bagi lelaki yangsudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelahseharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dariisteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkalaitu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti danmeringankan bebanan emosi nya..Ramai wanita, menurut beliau, selepasmendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri danbongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik danlemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap..sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami tetap merupakan "AnakSulung"... walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasadidahulukan....Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita mudamereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir olehkeimanan yang tebal. Yang ada"pendinding" akan sengaja membahasakan diritua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya taktenteram...dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat,berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dariisteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

->~TaNgIsAn rAsUlLaH S.A.W.~

Jika harta yang hilang dari diri seseorang,
maka tiada apa pun yanghilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang,
maka ada sesuatu yanghilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanyatelah hilang dari diri seseorang.


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawafdi Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambilberzikir: "Ya Karim! Ya Karim!">Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu laluberhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! YaKarim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "YaKarim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh kebelakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampanyang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmudan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, MuhammadRasulullah."Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalubertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?""Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernahmelihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernahbertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah akuinilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya."Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untukmencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itubiasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allahmengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang memintadihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orangyang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit diaberkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu danbersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesonadengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya dihari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecilmahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudianpergi. Maka orang Arab itu pula berkata:"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitunganatas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan denganTuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkandosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaranmaghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatanhamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkanpula betapa kedermawanannya!'Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangismengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air matabeliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turunlagi seraya berkata:"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjagaArasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampunisemua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapasukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalumenangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "Kalau tidak keberatan....

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan

" THERE IS NO SUCCESS WITHOUT HARDSHIP "

->~KuPu2x SyuRgA~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.

"Wallahua lam bissawab.

->~KoPi~

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah profesor yang mengajar mereka ketika di universiti dahulu.....

Mereka berbual-bual dalam perbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Profesor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang nampak biasa dan ada yang kelihatan begitu mahal.

Profesor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing masing, profesor itu berkata; " Jika anda semua perasan,semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi.

" Apa yang sebenar anda perlukan ada kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi. Kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah. Hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang sehingga kita gagal untuk menikmati kopinya. Dengan itu nikmatilah kehidupan yang ada.....Dan hayatilah apa sebenarnya yang anda inginkan dalam kehidupan ini......

->~TiP UtK SeMuA~

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudaraMuslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

->IsTeRi SoLeH~

Rahsia jadi isteri solehah
ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu. Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

->KiSaH 2 MaLaIKaT & sYgNya AlLaH S.W.T KpD HaMbAnYa~

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijagaoleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dariyang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelahkanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanyasehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan keranakami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruahtiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengankeseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

->~ReNuNgAn BeRsAmA~

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang m ema rahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan keg ema ranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan k ema skan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku..
IbuYang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu Selalu …
aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

**huhuhu sedih bila baca .....

->~SuAmI TeLaDaN~

Suami Teladan ialah:

- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.
Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.

- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya,berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.

- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.
Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri- ciri berikut iaitu:

1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.

2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.

3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup

4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah

C. Ciri-ciri Suami Teladan

- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah - suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala
perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri

Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat
mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri

Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? " Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab

Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa
dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik

a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan

Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :
- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak

manakala wanita bersifat :
- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5. Membimbing isteri

Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah

Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.

b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia

Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.

c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri.
Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :

1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6. Membimbing anak

Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya
antaranya:

a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.


->~BBQ~

Em...atas permintaan kwn2x we all buatler bbq kat umah..Em,menu yang ada seperti koktail,buah-buahan,kek,sandwich,ayam n kambing utk bbq,nugget agar2x,rendang n nasi empit..em...seronok gaks....lain kali bole buat lg...benda nie fikir last minute, utk semua yg membantu thanks...nnti kita buat lg, boleh ajak kwn2x lebih ramai...;)
Tetamu yang hadir kebanyakannya rakan-rakan bisness we all..;)

->~KeNaNgAn Di FrAsEr HiLl~

->~MuHaMmAd AiMaN HaZiq~











Aiman..kehadiranmu sgt bermakna bagi ayah n ibu...semoga aiman menjadi anak yang soleh berbahagia n berjaya didunia n akhirat...ibu n ayah sayang sgt kat aiman....

->~FrASeR HiLl~


Utk pengetahuan kami nie selalu gaks ke fraser hill...emm..semasa aiman berusia 2 bulan n yg terkini semasa aiman 7bln...

->~PeNyInAr HiDuPkU~

Pada tanggal 08/04/2007...Cahaya mata kami yg pertama...Muhammad Aiman Haziq selamat dilahirkan...Alhamdulillah...gembira yg tidak terhingga buat kami berdua....Semakin besar tanggungjawab kami sebagai ibu bapa....syukur alhamdulillah.........

->~lAgI.LaGi....TiMe BeRgAmBar kAt sTuDiO ~
















hehhehe...nie lps majlis we all abik gambar kat studio laks...hehhehe time 2 rasa penat xilang lg but control hehhee...nie adalah beberapa keping buat tatapan kwn2x yg lom tgk lg;)

->~MaJlIs PeRsAnDiNgAn~















03/06/2006 berlangsunglah majlis yg gilang gemilang buat kami berdua...org tua2x kata menjadi raja sehari hhehehhe...smlm pun majlis yg besar dah berlangsung, than hari nie kat umah bonda pulak..huhuhu penat xterkata....Terima kasih kepada sahabat yg menghadiri majlis kami....seronok sgt rasa...

->~HaRi BeRsEjArAh BuAt KaMi BeRdUa~
















Alhamdulillah,tarikh 02/06/2006 kami selamat diijabkabulkn di rumah ayahanda n umi tersayang....terima kasih ayah n umi yg byk berkorban...umi n ayah buat surprise buat kami berdua..dimana set katil baru, pelamin, beberapa helai baju pengantin, cameraman,bunga pahar, hadiah utk tetamu, makan beradap, kek tingkat semua di sponsor penuh oleh umi...syahdu, sedih, terharu...Yerlah pd mulanya cuma nak buat majlis nikah saja esoknya baru majlis di rumah mak...Moga dimurahkn rezeki utk membalas jasa ayahanda n umi.




->~PeRtUnAnGaN~.

Oleh kerana risik yg tidak dirancang so majlis pertunangan yg formal pun lmbtler di buat...rasa muda sgt lg...hhehehe...than kwn n family semua tanya dah tunang ke...but majlis tunang belum wat lg only merisik je....so, we sepakat buatjelah majlis kat umah mak coz merisik dah kat umah ayah so adil;)....Pada 05/12/2003 maka terjadilah satu lg detik bersejarah di mana majis pertunangan kami di adakan dengan meriah skli dihadiri rakan-rakan n keluarga....

->~HaRi DuKaCiTa ++ hArI sUkAcItA~

Nak story cikit...Pada 15/03/2003 family Mie dtg merisik time 2 we all masih study lg di KUTKM or now UtEM..hehe nak tahu apasal awal sgt family dia dtg....em...sebenarnya seminggu before family mie dtg, mai xciden kat highway melaka - bt pht...time 2 baru lps exam nak cuti panjang so blk kg naik scuter kesayangan...alhamdulillah hanya cedera ringan...call mie dia nak melawat mai xbagi coz ayah jenis yg xsuka lelaki dtg umah..so nak dijadikn cite mie ajak mak dia skli dtg dr phg n mak dia btahu bwk cincin skli...so terjadilah ikatan antara kami secara tidak sengaja....

->~DeTiK PeRtEmUaN....21/02/2001~

mmm..sure semua org dah tahu kn kat mana mula perkenalan kami...hhehe..Detik pertemuan kami bermula di Politeknik Kota Kuala Tganu...Actually, pd mulanya aku mmg xberkenan sikit perangai dia yg gila2x but dah nak abis semester barulah kami couple...Dah abis semester seorg di Pahang n seorg di Johor..Maybe ada jodoh antara kami, sama2x diterima belajar di KUTKM n sekrg dikenali sbg UtEM Mlk...